Wednesday, July 28, 2010

Pertandingan Blogging 2010 Entri KESEPULUH

Dalam pertandingan blogging ini, saya telah belajar banyak lagi tentang budaya melayu seperti, saya tahu sekarang yang ada banyak lagi permainan yang seperti permainan congkak seperti congklak dan sungka.

Semasa mencari infirmasi untuk entri-entri saya, saya telah mendapati yang ada banyak lagi perkara yang kita boleh mengatahui tentang budaya melayu.Saya pun mendapati yang budaya melayu melibatkan banyak negara-negara lain, seperti congkak yang hasil pengaruhan Afrika dan budaya Arab.


Saya harap yang bukan sahaja orang-orang melayu mengetahui tentang budaya mereka tetapi orang lain juga.Mengetahui tentang budaya sendiri ialah seperti mengetahui diri sendiri.

Pertandingan Blogging 2010 Entri KESEMBILAN

Vidio yang saya telah memuatnaikkan ini menunjukkan seorang yang sedang melayangkan layang-layangnya.

Pertandingan Blogging 2010 Entri KELAPAN

Dalam entri ini, saya akan berbincang tentang perbezaan antara layang-layang dan kikik.


Di brunei layang-layang dipanggil kikik.Cara barmain layang-layang berbezaan di Singapure.


Di Brunei mereka akan berlawan orang lain dalam permainan kikik.Mereka akan memasangkan gelas yang tajam kepada kikik mereka.Cara mereka berlawan adalah mereka akan melayangkan kikik mereka dan cuba memusnahkan kikik berlawanan itu dengan gelas tajam yang talah dipasangkan.Kikik tidak memestinya dimain dengan cara itu tetapi boleh dilayangkan sahaja.


Pertandingan Blogging Entri KTUJUH.

Ini adalah sebuah Powerpoint tentang satu daripada permainan Brunei yang iatu kikik.

Monday, July 26, 2010

Pertandingan Blogging Entri KEENAM

Kalau mahu tahu macam mana mahu bermain Pasang, pergilah ke lelaman web ini :

http://homepages.di.fc.ul.pt/~jpn/gv/pasangemas.htm

Walaupun papan Pasang ini susah untuk dicari, kita boleh membaca cara bermain Pasang.

Sunday, July 25, 2010

Pertandingan Blogging Entri KELIMA

Sewaktu cuti sekolah, saya telah bersempatan untuk mengikuti program penyeapan ke Brunei.Saya telah mengetahui banyak tentang Brunei khususnya tentang budaya dan bahasa.Salah satu aspek kebudayaan yang telah saya belajar ialah permainan tradisional Brunei.

Maka itu, saya berpendapat bahawa ini ialah satu peluang bagi saya mengetengahkan permainan tradisional Brunei iaitu Pasang kerana orang melayu Brunei serumpun dengan orang melayu Singapure.

Pasang dimainkan oleh golongan Istana pada zaman dahulu ketika ada majilis keraimaian.

Dalam entri saya keenam, saya akan menjelaskan cara bermain Pasang.


Ini adalah papan Pasang:

Saturday, July 24, 2010

Pertandingan Blogging 2010 Entri KEEMPAT

Dalam entri ini, saya telah memuatnaikkan satu vidio yang menunjukkan cara bermain congkak, walaupun vidio ini dalam bahasa inggeris, ia juga menunjukkan dua orang bertanding dalam sebuah perlawanan congkak.Selamat menonton !

Saturday, July 17, 2010

Pertandingan Blogging 2010 Entri KETIGA







Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

  1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
  2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
  3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
  4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
  5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Pertandingan Blogging 2010 Entri KEDUA

Congkak depercayai berasal daripada Afrika atau Arab.Di Timur Tengah, congkak tersebar di Afrika dan kebesar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.Di Asia tenggara, congkak mungkin berasal dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat pandangan pada waktu dahulu.

Nama congkak dipercayai berasal daripada perkataan melayu "congak" yang bermakna perkiraan ,mental.Din Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak dan di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan Istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lobang di dalam tanah.Congkak sekarang boleh dimainkan di dalam talian.

(www.wikipedia.org/wiki/congkak)

Friday, July 16, 2010

Pertandingan blogging 2010 entri PERTAMA

Nama saya Hasan dari sekolah menengah Guangyang.Apabila saya diberitahu tentang peraduan ini, saya berasa susah hati kerana bahasa melayu saya tidak begitu bagus.Saya berasa yang peraduan sebegini ialah penting kerana orang-orang mealyu boleh tahu tentang budaya mereka.Mengatahui budaya kamu ialah mengatahui diri sendiri.Gambarkanlah, kamu ditanyakan tentang budaya kamu oleh orang lain, apa yang kamu katakan ialah, "saya tidak tahu ".

Tentu ramai tidak mahu berada di dalam situasi sebigini....Mengapa ? jawapan saya ialah-Kalau orang-orang bukan melayu mengatahui yang orang-orang seperti saya tidak tahu tentang budaya sendiri, saya takut mereka tidak akan mencari sebab-sebabnya tetapi membuatkan sebab-sebabnya.Kalau sebab itu betul tidak mengapa tetapi kalau salah, seperti mereka katakan yang budaya orang melayu tidak begitu menarik dan itu kerana mereka orang melayu tidak mahu mengatahui budaya sendiri.

Saya berasa yang ini adalah penting untuk kita belajar tentang budaya sendiri kalau sedikit tidak mengapa tetapi memastikan apabila seorang bertanyakan tentang budaya kamu, bolehlah kamu berjawab dengan jawapan-jawapan yang membuatkan budaya kamu menarik, itu kerana saya akan fokuskan tentang tiga permainan tradisional melayu yang iatu Congkak, Pasang dan Kikik.

Dalam entri saya yang kedua, saya akan berbincang tentang congkak.Tentu ada ramai yang pernah bermain congkak tetapi tahukah kamu bagaimana bermain congkak ataupun sejarahnya ?Untuk seorang yang bermain congkak dan tidak tahu sejarahnya ialah seperti orang yang merokok tetapi tidak tahu apa isi rokok itu.