Monday, March 7, 2011

Muhasabah

Saya rasa yang membinakan karangan dengan menggunakan peribahasa membantu saya lebih memahami makna peribahasa. Sebelum membuat cerita dengan menggunakan peribahasa, saya memang tahu maknanya tetapi tidak tahu bagaimana untuk bercabang peribahasa dengan ayat. Saya berasa latihan itu akan menolong saya untuk membina karangan dengan lebih kreatif.

Saturday, February 26, 2011

Karangan

Marina seorang ketua kelas dan dia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga kelasnya, seperti besar kapal besarlah gelombang. Banyak perkara yang harus dia ambil tahu untuk memastikan kelasnya dalam keadaan yang teratur. Dia harus pastikan agar ada disiplin di dalam kelas. Ramai rakan-rakanya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang merendah diri seperti baik membawa resmi ayam betina. Kawan rapatnya, Siti memujinya kerana dia selalu melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati, ibarat berjalan perliharakan kaki, bercakap peliharakan lidah. Marina sering memberitahu rakan-rakanya untuk selalu bekerjasama tidak kira susah ataupun senang, seperti bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Marina akan menasihati rakan-rakannya yang telah melakukan kesalahan untuk mempelajari daripada kesilapan, ambil patinya, buangkan hampasnya.